KATA-KATA ALUAN

Search This Blog

Sunday, March 14, 2010

PROPOSAL OH PROPOSAL

Pada semester aku sebagai pelajar Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling mulai terasa bahang "tension", "pening", "serabut" dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Maklumlah di fikiran ku sekarang terbayang kesusahan dan keperitan yang terpaksa dilalui untuk menyiapkan proposal ini. Yaaaaa sekrang ini baru aku merasainya huhuhuhu....
Tajuk proposal aku ialah bertemakan dadah....erm rasanya susah juga.. tapi akan aku usahakan agar proposal aku ini akan menjadi yang terbaik dari yang terbaik...............

Friday, March 12, 2010

KESAN- KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA PENAGIH

1. Kesan fizikal
Kesan fizikal jika ketagihan dadah ialah kadar penafasan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar dengupan jantung berkurangan dan tubuh penagih akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme. Selain itu, keadaan mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih juga akan mengalami penurunan secara mendadak.
2. Kesan mental dan emosi
Juga dipanggil dengan kesan psikologi iaitu kesan pergunaan dadah terhadap otak manusia. Penagih yang mengambil dadah akan mengalami rasa khayal dan seolah-olah mereka tidak berpijak di alam nyata. Perasaan ini akan berterusan selagi terdapat dadah ada di dalam badan penagih namun kesan-kesan khayal ini akan hilang dan ini menyebabkan penagih perlu mengambil mengambil dadah secara berterusan. Namun, jika penagih dadah tidak mendapat bekalan dadah mereka akan mengalami ”gian” iaitu ketagihan dadah, hidung berair, perut berasa sakit dan pedih. Jika perasaan ”gian” penagih tidak dapat diatasi, kemungkinan besar penagih akan bertindak ganas dan hilang kawalan emosi seperti penagih sanggup mencuri, memukul ibu bapanya semata-mata untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah.
3. Kesan sosial
Kebanyakkan penagih yang terlibat dengan najis dadah tidak berminat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap kerjaya, keluarga dan masyarakat. Ini akan menyebabkan prestasi di tempat kerja akan merosot, kehancuran dalam keluarga.

PANDANGAN AGAMA TENTANG DADAH

1. Agama Islam

Daripada kitab suci Al – Quran, perkataan dadah dikaitkan dengan terperinci dengan perkataan “khamr”. Perkataan khamr berasal daripada perkataan ”yakhmur” iaitu bermaksud menutup, menyembunyi atau melidungi. Oleh itu, perkataan khamr adalah merujuk secara meluas kepada fungsi kehidupan atau biologi sesuatu bahan yang menutup atau menghilangkan fungsi yang akal dan fikiran manusia. Islam melarang pengambilan dadah kerana tidak mahu umatnya terjerumus ke jalan kehidupan yang hina dan untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia sentiasa terpelihara.
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram dalam agama Islam berdasarkan kepada dalil yang merujuk kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut tentang pengharaman arak dan dalil-dalil tentang pengharaman ini adalah berdasarkan kepada nas-nas ( Al-Quran dan Hadis ) kerana ianya adalah bahan yang boleh membuatkan orang yang mengambilnya mabuk dan menghhilangkan akal.

Bukti yang nyata ialah Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al- Baqarah ayat 195 yang bermaksud :

” Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan ”, Surah Al-Baqarah : 195



2. Agama Budha

Menurut Parabhava Sutta, Buddha pernah berkata :
” Drunkenness and drug addiction is the cause for ones downfall.”
Maksudnya : Kemabukkan dan ketagihan dadah adalah punca utama kejatuhan mereka.

“ He who is addicted to women, to drugs, to gambling and squanders whatever he earns will cause his own downfall”,
Maksudnya : Siapa yang lebih ketagih perempuan, arak, dadah, perjudian dan membazirkan segala pendapatannya akan menyebabkan kebinasaan.



3. Agama Hindu

Diantara falsafah dan kitab Tamil ( Kural ) ada menyebut bahawa :
a) “ Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati “.

b) Manusia adalah makhluk berfikir, diharap dapat mengawal dan membendung segala tinndak tanduknya dengan akal fikiran dan tidak sama sekali membiarkan pemikiran menyeleweng daripada sebab-sebab memasukkan dadah ke dalam tubuh.

c) Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah lsku yang salah, memberhayakan diri mereka atau orang lain dikira “ adharmic” di mana pembalasan adalah penderitaan. Oleh itu, seseorang yang menggunakan dadah adalah adharmic.

d)Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah.



4. Agama Kristian

Agama Kristian turut melarang pergunaan dadah di mana mereka telah berhujah bahawa pergunaan dadah boleh memisahkan penagih dadah daripada dunia yang sebenar. Pergunaan dadah juga akan memburukkan peribadi serta menghalang kita untuk menghadapi masalah diri dan alam persekitaraan yang kurang baik.

“ God has invited us to shape a community of justice and love. Therefore this requires that we develop our potential as fully as possible and muster as much consciousness as we can. Choose live then, so that you and your descendants may live.” ( Deut. 30.19 )

Maksudnya : Tuhan telah menjemput kita untuk menjadi masyarakat yang adil dan penuh dengan kasih sayang. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangan potensi kita sebaik mungkin dan mengerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah kehidupan yang lebih bermakna supaya kita dan keturunan kita akan hidup dengan bahagia.



sambungan kepada kesan-kesan dadah kepada penagih

SEJARAH PERGUNAAN DADAH DI MALAYSIA

Menurut Dzulkifli Abdul Razak dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia mengatakan sejarah kewujudan dadah di dalam organisasi sistem tamadun manusia telah dikesan sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu di mana dadah yang dibawa masuk ke negara Arab oleh orang-orang Parsi yang tidak beragama seperti yang dinyatakan oleh Al-Muqrisi di dalam kitabnya yang bertajuk Al-Hitat. Semasa British menjadi kuasa besar dunia pada suatu ketika dahulu, sejumlah besar pendapatan yang diperolehi oleh British adalah bersumberkan keuntungan yang diperolehi melalui perniagaan dadah. Keuntungan yang lumayan yang diperolehi oleh British ini menyebabkan British semakin menggalakkan penanaman candu di seluruh dunia terutamanya di India. British telah melihat China yang mempuyai kepadatan penduduk yang padat sebgai pasaran yang berpontensi besar untuk pasaran candunya.


Sejarah pergunaan dadah di Malaysia bermula pada awal kurun ke-19, apabila orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu membawa bersama-sama budaya mereka iaitu menghisap candu. Kebanyakkan orang Cina menghisap candu untuk melupakan segala permasalahan yang dihadapi oleh mereka kerana dengan menghisap candu ianya boleh mengkhayalkan dan seterusnya boleh melupakan masalah untuk seketika nanti. Walaubagaimanapun penyalahgunaan ganja lebih tertumpu kepada kaum Melayu terutamanya golongan nelayan yang menggunakan ganja agar mereka dapat berjaga sehingga lewat malam. Namun, pada akhir tahun 60-an berlaku arus perubahan daripada segi bentuk dadah yang digunakan dan umur mereka yang terjebak dengan penagihan dadah. Penagih dadah pada akhir 60-an lebih berminat menggunakan dadah jenis daripada dadah sistesik ( dadah tiruan ) dan umur penagih dadah juga mengalami perubahan di mana golongan muda lebih ramai terjebak dalam penyalahgunaan dadah.


Dadah boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu Depresan iaitu heroin, morfin, candu, kodein dan barbiturate. Dadah seterusnya dipanggil dengan Stimulan iaitu termasuklah kokain, amfetamin, gam, pelarut organic seperti benzim serta cat dan dadah yang ketiga dipanggil sebagai Halusinogen iaitu termasuklah ganja dan habish.