KATA-KATA ALUAN

Search This Blog

Saturday, February 27, 2010

TIPS DALAM BELAJAR BERKUMPULAN

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.
Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan.


2. Ahli mesti sehaluan.
Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.


3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.
Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.


4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.
Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.



5. Penumpuan semasa ahli membentang.
Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.


6. Bersoal jawab.

Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang
dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam membincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan
diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan pemahaman kita.



7. Agihkan bahan
Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha. Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian
tajuk-tajuk. Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.


Apa maksud belajar KUMPULAN
K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi


Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita
untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.

TEKNIK BELAJAR BERKUMPULAN DAN FAEDAHNYA

Teknik belajar berkumpulan adalah antara teknik belajar yang begitu popular di kalangan pelajar serta mahasiswa. Apabila ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara kumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi dan diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan tanggapan yang salah.


Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama, atau kumpulan yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza.



Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli kumpulan. namun demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab dan disiplin diri yang tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur, bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk "sumbang saran" atau menyemarakkan idea.


Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni kesanggupan untuk berhujjah dalam minda dengan melakukan analisis dan hipotesis secara kritis dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yang menyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir yang stereotip yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang tidak sealiran dengannya berfikir. Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial dikalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk ini diberikan juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting.


Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya adalah kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan kaedah yang betul tentang belajar berkumpulan.

KEMAHIRAN BELAJAR ADA KAITAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK???

Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di
dalam ingatan?. Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita
telah laksanakan tersebut?.


Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah
tidak sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah
dalam belajar adalah kita mempalajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang
berkesan untuk mendapat ingatan yang maksimum.Mengingat merupakan satu
perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkar ayang kita baca tetapi
tidak boleh kita ingati, ia akan mnjadi hanya proses ingatan jangka pendek.
Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi
ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita
cuba mangingat. apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita
boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa.


Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat.
Nombor kad pengenalan yang kita ingati iitu adalah proses ingaan jangka
panjang. Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti
nombor telefon rumah sendiri, nonbor telefon rumah teman rapat, warna kereta
dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita.
Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu
menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat
diperlukan.


Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat
pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita
mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran
pembelajaran yang berkesan.



Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi
apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang
cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang
berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya
termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara
neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.



Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah
kemahiran yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar
cara untuk belajar.



Selalu kita sebut sebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang
betul ditambah dengan minat, motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila
disebut sebagai kemahiran ia juga perlukan ulangan.

Friday, February 26, 2010

CIRI – CIRI PELAJAR YANG CEMERLANG


  • Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.
  • Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

  • Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

  • Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

  • Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
  • Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

  • Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

  • Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

  • Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

  • Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata 'carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab'.

  • Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

  • Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

  • Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

  • Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

  • Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
  • Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

  • Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

  • Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
  • Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
  • Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
  • Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

  • Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

  • Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

  • Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

  • Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.


  • Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

  • Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

  • Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

  • Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
  • Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

  • Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

  • Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

  • Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.













TIPS - TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

  • Bertenang dan melapangkan fikiran.

  • Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

  • Tidur yang mencukupi.

  • Menjaga kesihatan diri

    .
  • Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

  • Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

  • Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

  • Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

  • Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

  • Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.

  • Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

  • Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

  • Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

  • Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

  • Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

  • Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

  • Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.


  • Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

  • Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.


  • Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

  • Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

BERSETUJUKAH FACEBOOK DIFATWA DIHARAMKAN

Akhbar Utusan Malaysia ruangan luar negara bertarikh 27 Febuari 2010 telah melaporkan bahawa Majlis Ulama Indonesia telah mengeluarkan fatwa untuk MENGHARAMKAN FACEBOOK. Ini kerana menurut Majlis Ulama Indonesia Facebook adalah punca gejala sosial di Indonesia yang dikatakan semakin meningkat seiring dengan peningkatan pergunaan Facebook di Indonesia.


Apa pandangan kalian tentang topik ini.Adakah anda bersetuju Facebook untuk diharamkan ataupun tidak. Bagi pandangan saya, Facebook ini ibarat pisau yang mempuyai 2 mata iaitu satu untuk membantu manusia dan satu lagi boleh mendatangkan menyusahkan manusia.

Saya berpendapat sedemikian kerana Facebook ada kebaikkan dan ada juga keburukkannya. Kebaikkan Facebook ialah kita dapat merapatkan hubungan persahabatan walaupun masing-masing berjauhan. Facebook kadang kala berfungsi sebagai medium untuk mencari sahabat yang telah lama berpisah kerana Facebook dapat diakses di seluruh dunia dan sesiapa dapat memiliki akaun Facebook. Facebook juga digunakan sebagai medium penyebaran maklumat oleh pelajar kerana ianya cepat, senang dan percuma...

Namun, disebalik kebaikkan Facebook ini terdapat juga kelemahan dan keburukkanya kerana Facebook ini adalah ciptaan manusia yang diketahui tidak ada manusia yang sempuruna kecuali Nabi Muhammad S.A.W.


Antara keburukkan Facebook ialah terdapat segelintir perngguna Facebook yang menjadikan medium ini untuk meletakkan gambar yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada umum. Terdapat remaja Melayu yang menjadikan meduim facebook ini untuk menayangkan gambar mereka berpeluk-peluk dengan teman lelaki atau teman wanita. Maka dimanakah moral masyarakat Melayu yang terkenal dengan menjaga kehormatan diri.


Maka sebenarnya isu terletak di tangan pengguna Facebook itu sendiri. Jika menggunakan Facebook untuk merapatkan hubungan persahabatan dengan rakan-rakan yang berjauhan atau yang sudah lama tidak berjumpa maka tidak seharusnya Facebook ini untuk diharamkan. Namun, jika Facebook ini digunakan sebagai untuk melakukan kemungkaran maka Facebook wajar diharamkan sebagaimana yang difatwakan oleh Majlis Ulama Indonesia.

SIAPA MANUSIA YANG PALING BERANI???


Senarai bangunan yang telah berjaya dipanjat oleh Alain Robert..Selepas ini tidak mustahil bangunan yang baru iktiraf tertinggi di dunia iaitu Bangunan Burj Dubai yang berketinggian 818 meter juga akan ditawan oleh "spiderman" ini. Tunggu dan lihat sahaja
Siapa manusia yang paling berani di dunia bagi anda?. Jika anda masih lagi lagi tercari-cari jawapan kepada persoalan tadi, saya akan memberikan jawapan. Orang yang paling berani di dunia ini adalah Alain Robert, warga Prancis yang berumur 47 tahun. Apa yang menariknya ialah manusia yang digelar “spiderman” ini ialah orang kurang upaya ( OKU ). Menarik bukan?



Alain Robert akan memanjat bangunan pencakar langit dengan menggunakan tangan sahaja dengan bantuan kapur dan kasut mendaki sahaja tanpa memakai alat-alat kesealamatan. Keberanaian Alain Robert ini adalah cukup luar biasa memandangkan perlakuan memanjat bangunan pencakar langit tanpa menggunakan alat-alat keselamatan adalah cukup bahaya.



Sehingga kini ( tahun 2009 ), Alain Robert telah berjaya menawan 85 bangunan pencakar langit di seluruh dunia termasuk bangunan tertinggi di dunia pada ketika ini iaitu Bangunan Taipei 101 di Taiwan pada tahun 2004.



Perlakuan Alain Robert yang ”ketagih” yang gemar memanjat pencakar langit sebenarnya bermula sejak berumur pada usia 12 tahun. Pada ketika itu, Robert telah tertinggal kunci rumahnya yang terletak di aras lapan. Lalu tanpa berfikir panjang, Robert terus memanjat apartemen untuk masuk ke dalam rumah.

Siapa manusia yang paling berani di dunia bagi anda?. Jika anda masih lagi lagi tercari-cari jawapan kepada persoalan tadi, saya akan memberikan jawapan. Orang yang paling berani di dunia ini adalah Alain Robert, warga Prancis yang berumur 47 tahun. Apa yang menariknya ialah manusia yang digelar “spiderman” ini ialah orang kurang upaya ( OKU ). Menarik bukan?


Alain Robert akan memanjat bangunan pencakar langit dengan menggunakan tangan sahaja dengan bantuan kapur dan kasut mendaki sahaja tanpa memakai alat-alat kesealamatan. Keberanaian Alain Robert ini adalah cukup luar biasa memandangkan perlakuan memanjat bangunan pencakar langit tanpa menggunakan alat-alat keselamatan adalah cukup bahaya.




Sehingga kini ( tahun 2009 ), Alain Robert telah berjaya menawan 85 bangunan pencakar langit di seluruh dunia termasuk bangunan tertinggi di dunia pada ketika ini iaitu Bangunan Taipei 101 di Taiwan pada tahun 2004.




Perlakuan Alain Robert yang ”ketagih” yang gemar memanjat pencakar langit sebenarnya bermula sejak berumur pada usia 12 tahun. Pada ketika itu, Robert telah tertinggal kunci rumahnya yang terletak di aras lapan. Lalu tanpa berfikir panjang, Robert terus memanjat apartemen untuk masuk ke dalam rumah. Berani bukan??????


Mengapa orang Melayu majoriti makan menggunakan tangan???


Mengapa masyarakat Melayu khususnya pada zaman dahulu makan menggunakan tangan. Adakah orang Melayu tidak pandai makan makanan menggunakan sudu atau garpu. Kenapa yer???
Menurut sejarah, terdapat seorang di raja Kedah yang telah menetap di Selangor pada zaman penjajahan British telah diundang untuk makan bersama dengan orang Inggeris. Kerabat diraja yang dimaksudkan ialah Tengku Kudin.
Semasa hendak makan bersama- sama dengan orang Inggeris, Tengku Kudin telah pergi membasuh tangannya lalu makan menggunakan tangan sedangkan semua orang di dalam dewan itu makan mengguanakan tangan. Perlakuan Tengku Kudin rupa-rupanya telah diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang berasa pelik kerana Tangku Kudin makan menggunakan tangan bukannya sudu atau garpu.
Wanita Inggeris itu berkata " Kenapa kamu makan menggunakan tangan, bukan kah lebih sopan makan menggunakan sudu", kata wanita Inggeris itu.
Tengku Kudin berkata dengan nada yang kuat sehingga boleh didengar oleh semua orang di dalam dewan makan itu.
" Saya makan menggunakan tangan kerana terdapat 3 sebab", kata Tengku Kudin.
Pertama : Saya makan menggunakan tangan kerana saya yakin tangan saya bersih kerana saya sendiri yang membasuh tangan saya berbanding sudu atau garpu yang telah dibasuh oleh orang lain.
Kedua : Saya sangat yakin tangan saya bersih daripada kotoran kerana saya seorang sahaja yang menggunakan tangan saya, orang lain tidak pernah menggunakan tangan saya berbanding dengan sudu atau garpu yang telah digunakan oleh banyak orang sebelum ini.
Ketiga : Saya makan menggunakan tangan kerana saya yakin tangan saya tidak pernah masuk di dalam longkang berbanding dengan sudu!!!!!!!!
Jadi kita sebagai masyarakat Melayu khususnya janganlah malu untuk makan menggunakan tangan kerana itu ialah warisan kita dan anugerah daripada tuhan. Jangan kita menjadi bangsa yang tahu meniru sahaja, mengikut sahaja perbuatan bangsa lain yang dikatakan bertamadun sedangkan bangsa kita juga adalah lebih hebat daripada bangsa Eropah.
Sekian ...........

Sunday, February 21, 2010


inilah pengalaman aku dan rakan-rakan yang telah pergi berkelah di Sungai Bil Tanjong Malim, Perak...Kenangan yang tidak akan aku lupakan