KATA-KATA ALUAN

Search This Blog

Sunday, March 14, 2010

PROPOSAL OH PROPOSAL

Pada semester aku sebagai pelajar Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling mulai terasa bahang "tension", "pening", "serabut" dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Maklumlah di fikiran ku sekarang terbayang kesusahan dan keperitan yang terpaksa dilalui untuk menyiapkan proposal ini. Yaaaaa sekrang ini baru aku merasainya huhuhuhu....
Tajuk proposal aku ialah bertemakan dadah....erm rasanya susah juga.. tapi akan aku usahakan agar proposal aku ini akan menjadi yang terbaik dari yang terbaik...............

Friday, March 12, 2010

KESAN- KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH KEPADA PENAGIH

1. Kesan fizikal
Kesan fizikal jika ketagihan dadah ialah kadar penafasan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar dengupan jantung berkurangan dan tubuh penagih akan menggigil akibat penurunan kadar metabolisme. Selain itu, keadaan mata penagih juga akan menjadi kemerah-merahan serta kuyu dan berat badan penagih juga akan mengalami penurunan secara mendadak.
2. Kesan mental dan emosi
Juga dipanggil dengan kesan psikologi iaitu kesan pergunaan dadah terhadap otak manusia. Penagih yang mengambil dadah akan mengalami rasa khayal dan seolah-olah mereka tidak berpijak di alam nyata. Perasaan ini akan berterusan selagi terdapat dadah ada di dalam badan penagih namun kesan-kesan khayal ini akan hilang dan ini menyebabkan penagih perlu mengambil mengambil dadah secara berterusan. Namun, jika penagih dadah tidak mendapat bekalan dadah mereka akan mengalami ”gian” iaitu ketagihan dadah, hidung berair, perut berasa sakit dan pedih. Jika perasaan ”gian” penagih tidak dapat diatasi, kemungkinan besar penagih akan bertindak ganas dan hilang kawalan emosi seperti penagih sanggup mencuri, memukul ibu bapanya semata-mata untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah.
3. Kesan sosial
Kebanyakkan penagih yang terlibat dengan najis dadah tidak berminat dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap kerjaya, keluarga dan masyarakat. Ini akan menyebabkan prestasi di tempat kerja akan merosot, kehancuran dalam keluarga.

PANDANGAN AGAMA TENTANG DADAH

1. Agama Islam

Daripada kitab suci Al – Quran, perkataan dadah dikaitkan dengan terperinci dengan perkataan “khamr”. Perkataan khamr berasal daripada perkataan ”yakhmur” iaitu bermaksud menutup, menyembunyi atau melidungi. Oleh itu, perkataan khamr adalah merujuk secara meluas kepada fungsi kehidupan atau biologi sesuatu bahan yang menutup atau menghilangkan fungsi yang akal dan fikiran manusia. Islam melarang pengambilan dadah kerana tidak mahu umatnya terjerumus ke jalan kehidupan yang hina dan untuk memastikan kesinambungan kehidupan manusia sentiasa terpelihara.
Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram dalam agama Islam berdasarkan kepada dalil yang merujuk kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut tentang pengharaman arak dan dalil-dalil tentang pengharaman ini adalah berdasarkan kepada nas-nas ( Al-Quran dan Hadis ) kerana ianya adalah bahan yang boleh membuatkan orang yang mengambilnya mabuk dan menghhilangkan akal.

Bukti yang nyata ialah Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al- Baqarah ayat 195 yang bermaksud :

” Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan ”, Surah Al-Baqarah : 195



2. Agama Budha

Menurut Parabhava Sutta, Buddha pernah berkata :
” Drunkenness and drug addiction is the cause for ones downfall.”
Maksudnya : Kemabukkan dan ketagihan dadah adalah punca utama kejatuhan mereka.

“ He who is addicted to women, to drugs, to gambling and squanders whatever he earns will cause his own downfall”,
Maksudnya : Siapa yang lebih ketagih perempuan, arak, dadah, perjudian dan membazirkan segala pendapatannya akan menyebabkan kebinasaan.



3. Agama Hindu

Diantara falsafah dan kitab Tamil ( Kural ) ada menyebut bahawa :
a) “ Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati “.

b) Manusia adalah makhluk berfikir, diharap dapat mengawal dan membendung segala tinndak tanduknya dengan akal fikiran dan tidak sama sekali membiarkan pemikiran menyeleweng daripada sebab-sebab memasukkan dadah ke dalam tubuh.

c) Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah lsku yang salah, memberhayakan diri mereka atau orang lain dikira “ adharmic” di mana pembalasan adalah penderitaan. Oleh itu, seseorang yang menggunakan dadah adalah adharmic.

d)Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah.



4. Agama Kristian

Agama Kristian turut melarang pergunaan dadah di mana mereka telah berhujah bahawa pergunaan dadah boleh memisahkan penagih dadah daripada dunia yang sebenar. Pergunaan dadah juga akan memburukkan peribadi serta menghalang kita untuk menghadapi masalah diri dan alam persekitaraan yang kurang baik.

“ God has invited us to shape a community of justice and love. Therefore this requires that we develop our potential as fully as possible and muster as much consciousness as we can. Choose live then, so that you and your descendants may live.” ( Deut. 30.19 )

Maksudnya : Tuhan telah menjemput kita untuk menjadi masyarakat yang adil dan penuh dengan kasih sayang. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangan potensi kita sebaik mungkin dan mengerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah kehidupan yang lebih bermakna supaya kita dan keturunan kita akan hidup dengan bahagia.



sambungan kepada kesan-kesan dadah kepada penagih

SEJARAH PERGUNAAN DADAH DI MALAYSIA

Menurut Dzulkifli Abdul Razak dari Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia mengatakan sejarah kewujudan dadah di dalam organisasi sistem tamadun manusia telah dikesan sejak lebih kurang 5000 tahun dahulu di mana dadah yang dibawa masuk ke negara Arab oleh orang-orang Parsi yang tidak beragama seperti yang dinyatakan oleh Al-Muqrisi di dalam kitabnya yang bertajuk Al-Hitat. Semasa British menjadi kuasa besar dunia pada suatu ketika dahulu, sejumlah besar pendapatan yang diperolehi oleh British adalah bersumberkan keuntungan yang diperolehi melalui perniagaan dadah. Keuntungan yang lumayan yang diperolehi oleh British ini menyebabkan British semakin menggalakkan penanaman candu di seluruh dunia terutamanya di India. British telah melihat China yang mempuyai kepadatan penduduk yang padat sebgai pasaran yang berpontensi besar untuk pasaran candunya.


Sejarah pergunaan dadah di Malaysia bermula pada awal kurun ke-19, apabila orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu membawa bersama-sama budaya mereka iaitu menghisap candu. Kebanyakkan orang Cina menghisap candu untuk melupakan segala permasalahan yang dihadapi oleh mereka kerana dengan menghisap candu ianya boleh mengkhayalkan dan seterusnya boleh melupakan masalah untuk seketika nanti. Walaubagaimanapun penyalahgunaan ganja lebih tertumpu kepada kaum Melayu terutamanya golongan nelayan yang menggunakan ganja agar mereka dapat berjaga sehingga lewat malam. Namun, pada akhir tahun 60-an berlaku arus perubahan daripada segi bentuk dadah yang digunakan dan umur mereka yang terjebak dengan penagihan dadah. Penagih dadah pada akhir 60-an lebih berminat menggunakan dadah jenis daripada dadah sistesik ( dadah tiruan ) dan umur penagih dadah juga mengalami perubahan di mana golongan muda lebih ramai terjebak dalam penyalahgunaan dadah.


Dadah boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu Depresan iaitu heroin, morfin, candu, kodein dan barbiturate. Dadah seterusnya dipanggil dengan Stimulan iaitu termasuklah kokain, amfetamin, gam, pelarut organic seperti benzim serta cat dan dadah yang ketiga dipanggil sebagai Halusinogen iaitu termasuklah ganja dan habish.

Saturday, February 27, 2010

TIPS DALAM BELAJAR BERKUMPULAN

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.
Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan.


2. Ahli mesti sehaluan.
Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.


3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.
Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.


4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.
Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.



5. Penumpuan semasa ahli membentang.
Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.


6. Bersoal jawab.

Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang
dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam membincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan
diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan pemahaman kita.



7. Agihkan bahan
Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha. Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian
tajuk-tajuk. Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.


Apa maksud belajar KUMPULAN
K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi


Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita
untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.

TEKNIK BELAJAR BERKUMPULAN DAN FAEDAHNYA

Teknik belajar berkumpulan adalah antara teknik belajar yang begitu popular di kalangan pelajar serta mahasiswa. Apabila ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara kumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi dan diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan tanggapan yang salah.


Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama, atau kumpulan yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza.



Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli kumpulan. namun demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab dan disiplin diri yang tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur, bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk "sumbang saran" atau menyemarakkan idea.


Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni kesanggupan untuk berhujjah dalam minda dengan melakukan analisis dan hipotesis secara kritis dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yang menyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir yang stereotip yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang tidak sealiran dengannya berfikir. Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial dikalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk ini diberikan juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting.


Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya adalah kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan kaedah yang betul tentang belajar berkumpulan.

KEMAHIRAN BELAJAR ADA KAITAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK???

Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di
dalam ingatan?. Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita
telah laksanakan tersebut?.


Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah
tidak sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah
dalam belajar adalah kita mempalajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang
berkesan untuk mendapat ingatan yang maksimum.Mengingat merupakan satu
perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkar ayang kita baca tetapi
tidak boleh kita ingati, ia akan mnjadi hanya proses ingatan jangka pendek.
Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi
ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita
cuba mangingat. apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita
boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa.


Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat.
Nombor kad pengenalan yang kita ingati iitu adalah proses ingaan jangka
panjang. Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti
nombor telefon rumah sendiri, nonbor telefon rumah teman rapat, warna kereta
dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita.
Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu
menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat
diperlukan.


Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat
pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita
mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran
pembelajaran yang berkesan.



Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi
apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang
cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang
berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya
termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara
neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.



Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah
kemahiran yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar
cara untuk belajar.



Selalu kita sebut sebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang
betul ditambah dengan minat, motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila
disebut sebagai kemahiran ia juga perlukan ulangan.