KATA-KATA ALUAN

Search This Blog

Saturday, February 27, 2010

KEMAHIRAN BELAJAR ADA KAITAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK???

Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di
dalam ingatan?. Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita
telah laksanakan tersebut?.


Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah
tidak sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah
dalam belajar adalah kita mempalajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang
berkesan untuk mendapat ingatan yang maksimum.Mengingat merupakan satu
perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkar ayang kita baca tetapi
tidak boleh kita ingati, ia akan mnjadi hanya proses ingatan jangka pendek.
Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi
ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita
cuba mangingat. apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita
boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa.


Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat.
Nombor kad pengenalan yang kita ingati iitu adalah proses ingaan jangka
panjang. Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti
nombor telefon rumah sendiri, nonbor telefon rumah teman rapat, warna kereta
dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita.
Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu
menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat
diperlukan.


Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat
pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita
mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran
pembelajaran yang berkesan.



Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi
apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang
cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang
berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya
termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara
neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.



Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah
kemahiran yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar
cara untuk belajar.



Selalu kita sebut sebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang
betul ditambah dengan minat, motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila
disebut sebagai kemahiran ia juga perlukan ulangan.

No comments:

Post a Comment